Selasa, 6 November 2012

Sedihnnya jadi Single ! SEDIH KEW?



Hidup tanpa teman istimewa ada kelebihan dan kekurangan. Di sini senarai
kekurangan sekiranya jadi single. Tapi jangan sedih, setiap orang sudah Tuhan
tentukan pasangan masing-masing. Okay jom tgk list ni...
Berasa sunyi - Sudah pasti ada sebabnya mengapa manusia diciptakan berpasang-pasangan.
Salah satu punca utamanya adalah untuk mengelakkan mereka daripadaberasa suny i.
Sekiranya anda single, mungkin anda tidak berasa suny i kerana mempunyai ibubapa, adik
beradik, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya, tetapi ia pasti tidak akan sama seperti
pasangan hidup menemani anda.
Melihat kebahagiaan orang lain- Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan tidak terasa
apabila melihat kebahagiaan rumahtangga orang lain terutamanya jika mereka adalah
dikalangan rakan-rakan anda. Pasti anda juga ingin merasakan kebahagian yang rakan anda
alami. Perasaan ini pasti tidak akan hilang selagi anda masih single.
Pembakar semangat- Pasti anda semua mengetahui bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada
wanita yang menyokong dibelakang begitu juga sebaliknya. Wanita tersebut mungkin boleh
menjadi sesiapa sahaja seperti ibu, kakak, atau rakan wanita. Tetapi ia pasti akan lebih
bermakna sekiranya wanita tersebut adalah teman hidup and Masalah ditanggung sendirian- Pasti ramai orang yang berada disekeliling anda yang sanggup memberikan bantuan apabila anda dilanda masalah seperti ibubapa, adik beradik dan  rakan-rakan, tetapi ia pasti tidak akan sama sebagaimana perkongsian masalah antara pasangan hidup anda.

Kasih sayang- Manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki perasaan kasih dan sayang.
Luahan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan semestinya terlalu banyak perbezaan
berbanding orang lain. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi
keperluan luaran dan dalaman.

Chillex la kawan-2 . Single tak larh sunyi ! Single adalah satu kebebasan yang pasti anda akan rindu .  Sebernnya kita mana pernah single kita ada Allah, ia akan kekal bersama kita. InyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan