Khamis, 1 November 2012

Responsibility.



tanggungjawab.
berat sungguh perkataan ini.
sama ertinya dengan perkataan 'amanah'.
apabila diberikan sesuatu tanggungjawab or amanah,
jalankanlah tugas itu sebaik-baiknya dengan penuh semangat.
janganlah diabaikan sewenangnya apabila mendapat sesuatu tugasan itu.
nama sudah dapat, jawatan sudah ditabalkan, tapi kerjanya, tak nampak langsung. 
samalah juga dengan kita semua. jika kita seorang pelajar, buatlah cara kita sebagai pelajar.
jika kita seorang anak, jalankanlah tanggungjawab kepada kedua ibu-bapa kita dengan sebaik-baiknya.
begitu juga kepada Pencipta kita. sebagai hamba-Nya, kita hendaklah menjalankan segala yang diwajibkan.
jaga yang wajib. dan yang sunat is a plus.
saling mengingatilah antara kita andai ada yang terlupa.
kerana pada zaman ini, kita mudah alpa dengan perkara duniawi.
semoga kita menjadi insan yang berguna kepada keluarga, bangsa, negara.
juga kepada Allah S.W.T . peringatan untuk diri sendiri dan semua. aamiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan